Thursday, December 12, 2013

MUTIARA KATA CINTA

KATA-KATA CINTA

Untuk jatuh hati kepada seseorang hanya mengambil masa 1 minit, untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa 1 jam, untuk mencintai seseorang hanya mengambil masa 1 hari, namun untuk melupakan seseorang mengambil masa sepanjang hayat seseorang.
Memang benar yang kita tidak akan menghargai apa yg kita miliki sehingga kita kehilangannya dan kita tidak akan mengetahui apa yang kita rindu  sehinggalah seseorang itu hadir dalam hidup kita.
Cintamu dan sayangmu pada diriku adalah satu anugerah yang paling indah yang Allah berikan padaku.
Aku mencintaimu setiap detik,setiap waktu dan setiap ketika, hanya engkau yang kucinta sampai bila-bila pun. Cinta dan rinduku hanya buatmu wahai kekasihku.
mutiara kata kata cinta terbaik
Mutiara kata kata cinta terbaik
Mungkin Allah sengaja membuat kita bercinta dengan orang yang salah sebelum kita menemui jodoh kita yang betul agar apabila kita menemui jodoh kita yang betul maka  kita akan bersyukur akan ketentuan Allah yang maha esa.
Cinta itu bukan satu kelemahan namun ia adalah satu kekuatan. Cinta itu bukan untuk kita menghinakan diri, tetapi untuk mengangkat martabat diri. Cinta bukan meruntuhkan semangat, tetapi membarakan semangat.
Apabila satu pintu kebahagiaan itu tertutup, maka pintu yang lain pasti akan terbuka namun kita selalu akan melihat pintu yang telah tertutup itu terlampau lama sehingga kita tidak nampak akan pintu lain yang telah siap terbuka untuk kita
Cinta pertama adalah satu kenangan, Cinta kedua adalah satu pelajaran, dan cinta seterusnya adalah keperluankerana hidup ini tanpa cinta umpama lauk tidak bergaram. Oleh itu jagalah cinta itu sebaiknya agar ia berterusan wangi dan mekar sepanjang masa.
Kau datang disaat ku memerlukan seseorang, disaat ku kesepian,disaat ku keseorangan. Membawa ketenangan dan kegembiraan, membuatku tidak putus berharap agar kau menjadi milikku selamanya.
Aku tidak tahu bila aku akan mati, namun aku yakin cintaku ini hanya untukmu selamanya.
Walaupun hari ini kau memotret luka di hatiku ini namun aku tetap akan mencintamu seperti aku mencintaimu semalam.
Sekiranya Allah memberiku kesempatan untuk hidup lebih lama lagi, kehidupan ini hanya untuk membahagiakanmu sayang.
Cinta itu sebenarnya tidak buta. Cinta itu sangatlah suci dan murni. Yang buta itu adalah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa  pertimbangan akal fikiran.
Saat bersama dan bertemu, aku tidak pedulikanmu. Saat kau pergi, aku selalu menanti akanmu. Adakah ini dinamakan cinta?
Jangan sesekali memandang kepada kecantikan kerana ia akan lapuk ditelan oleh usia, jangan dikejar akan kemewahan kerana ianya akan susut ditelan oleh masa. Apa yang pasti akan kekal hanyalah kecantikan hati seseorang itu.
koleksi mutiara kata kata cinta terbaik
Koleksi mutiara kata kata cinta terbaik
Tidak pernah ku sedari besarnya cintamu padaku
Sampai tiba waktu perpisahan ini
Aku terhantuk takut
Maaf atas kebodohanku
Aku memerlukan kamu
Cinta itu bermula dengan senyuman, berkembang dengan ciuman dan selalu berakhir dengan tangisan.
Cintailah seseorang kerana siapa dia sekarang dan bukan kerana siapa dia sebelum ini. Kisah silam tidak perlu digamit sekiranya kamu benar-benar mencintainya seikhlas hatimu.
Di dunia ini hanya ada 5 orang yang paling aku cintai iaitu bondaku, ayahku,  adik beradikku, rakan-rakan dan yang terakhir adalah dirimu. Kenapakah ku meletakkan kau pada yang terakhir sekali? Ini karana aku inginkan kau menjadi cinta terakhirku dan tak akan ada cinta selain cinta terakhirku hanya untukmu.
Sungguh mekar mawar yang kau tanam di hatiku
Baunya Semerbak sekali
Mekarnya lambang cinta kita berdua
Mekar Cinta ini hanya untukmu seorang
Cinta itu umpama diriku menggenggam  setangkai mawar.
semakin erat kupegang maka semakin sakit terasa ditangan,
semakin longgar digenggam semakin terasa ia akan diterbangkan angin
Akan kugenggam erat tanganmu walaupun sakit mengamit diriku